More
    Home Angkara dadah seorang nenek mati dibunuh cucu lelaki

    Angkara dadah seorang nenek mati dibunuh cucu lelaki

    KUCHING, 22 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Seorang wanita warga emas berusia 66 tahun meninggal dunia dengan keadaan muka berlumuran darah terbaring di kerusi di ruang tamu kediamannya di Kampung Rampangi, sekitar 6.40 pagi semalam.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Merlin Lisa mengesahkan mangsa telah meninggal dunia ditempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak yang tiba ke lokasi kejadian.

    Kejadian berkenaan hanya disedari setelah salah seorang anak saudara perempuan mangsa datang ke lokasi bagi tujuan menziara mangsa di kediamannya itu sebelum menemui mangsa dalam keadaan penuh luka di bahagian muka.

    “Mangsa disyaki maut akibat ditikam beberapa kali di bahagian muka dengan menggunakan senjata tajam oleh si pelaku iaitu cucu lelakinya sendiri.

    “Hasil siasatan turut mendapati suspek yang berusia 27 tahun dipercayai telah bertengkar dengan mangsa di kediaman berkenaan pada malam sbeelum kejadian kerana mangsa dikatakan tidak mahu memberikan wang kepada suspek,” katanya ketika dihubungi pihak media.

    Tambahnya, sejurus selepas kejadian itu suspek bertindak melarikan diri dengan bersembunyi di sebuah rumah kosong sebelum berjaya ditangkap oleh orang awam dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dari Ibu Pejabat Daerah kuching yang datang ke lokasi untuk tindakan selanjutnya.

    Beliau turut mengesahkan bahwa suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah berkaitan dengan dadah iaitu pada tahun 2019 sebanyak dua kali.

    Dalam pada itu, pihak risikan IPD Kuching yang melakukan siasatan di loaksi kejadian turut menjumpai senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa iaitu sebilah pisau tidak jauh dari lokasi kejadian.

    Pasuka risikan tiba ke lokasi bagi melakukan siasatan

    Merbin turut mengesahkan mayat mangsa telah dibawa ke bilik mayat HUS bagi tujuan bedah siasat dan kes tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...