Datuk Amar Awang Tengah melancarkan buku tentang Daerah Lawas

0
509
AWang Tengah sedang meneliti buku sambil di perhatikan dari kiri A. Wahab, Henry dan Sanib

Lawas, 14 November 2019 (SNN) – Datuk Amar Awang Tengah bin Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri Sarawak telah melancarkan sebuah buku tentang Lawas pada 14 November 2019 di sebuah hotel di pekan Lawas. Dalam ucapan perasmiannya beliau berharap orang ramai di dalam negeri dan di luar negara akan dapat mengenali Daerah Lawas dengan dekat lagi.  Buku ini mengandungi maklumat menyeluruh tentang masyarakat dan dengan kegiatan mereka dalam pelbagai bidang. Alam semulajadi yang indah juga telah dimuatkan dalam buku ini.

Turut hadir di majlis pelancaran ini adalah Dato Henry Sum Agung, Ahli Parlimen Lawas;  En. A. Wahab Hamzah, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak; Datu Dr. Hj. Sanib bin Hj. Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak;  Dr. Abang Padeli Abang Muhi, Pengarah Penerbitan DBP, Kuala Lumpur;  En. Abang Hilman Abang Abang Julai, Pengarah Perkembangan Sastera, DBP, Kuala Lumpur.

Buku yang berjudul Lawas:  Memugar Khazanah dan Melestarikan Peradaban merupakan kajian dan karangan kakitangan DBP Cawangan Sarawak dan beberapa sarjana dari UNIMAS, UiTM Samarahan dan IPG Batu Lintang.  Dengan usaha gigih projek ini telah diselesaikan dalam tempoh dua tahun.  Projek ini telah dibiayai oleh geran daripada Datuk Amar Awang Tengah sendiri yang juga merupakan anak Lawas yang paling berjaya.

Awang Tengah sedang menyampaikan lagu “Kamelia”. Gambar SNN

Seramai hampir 200 orang telah menghadiri majlis pelancaran ini.  Para hadiri-hadirat telah turut dihiburkan oleh tarian kebudayaan dari Sekolah Menengah Merapok, Lawas.  Bersama sebuah band, Awang Tengah turut menghiburkan para tetamu dengan lagu, “Kamelia” yang sangat popular pada tahun 1980an.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here