More
    Home Sarawak Mukah Dato Hanifah hulur bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas sepanjang PKPD

    Dato Hanifah hulur bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas sepanjang PKPD

    MUKAH, 14 FEBRUARI 2021 (SNN) : Dato Hanifah Hajar Taib hari ini tampil turun padang menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada penduduk di Kampung Sungai Ud dan Sungai Ud Hilir yang terjejas selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akibat terdapat kes positif covid-19 di kawasan tersebut.

    Merangkap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) yang juga Ahli Parlimen Mukah menjelaskan, penyerahan bakul makanan kepada lebih 480 isi rumah itu diselaraskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Mukah (JPBBM) sebelum diserahkan kepada Ketua Kampung Ud dan Sungai Ud Hilir untuk diagihkan kepada penduduk kampung.

    Jelas beliau, pemberian bakul makanan tersebut amat diperlukan kepada mereka yang terpaksa berdepan dengan situasi berkenaan pada masa ini disamping sukar untuk mendapatkan bekalan makanan dari luar kawasan sepanjang tempoh PKPD.

    Dalam masa yang sama, Penghulu Juhan Ilul menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Dato Hanifah atas keprihatinan beliau dengan menghulurkan sumbangan bekalan makanan keperluan harian kepada penduduk kampung.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...