More
    Home Sarawak Samarahan 48 pertubuhan dan persatuan terima geran MRP dari ADUN Sebuyau

    48 pertubuhan dan persatuan terima geran MRP dari ADUN Sebuyau

    SEBUYAU, 16 FEBRUARI 2021 (SNN) : Lebih 48 perwakilan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) di kawasan Sebuyau menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) pada Isnin di Dewan Masyarakat Kampung Sempat Sebangan.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkata, penyerahan geran tersebut dilakukan bertujuan untuk membantu pertubuhan-pertubuhan berkenaan menjalankan aktiviti kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada pembangunan sosial di kawasan masing-masing.

    Lanhkah ini diambil oleh kerajaan negeri Sarawak sebagai bukti keprihatinan dalam memastikan pembangunan sosial dan perpaduan masyarakat dapat dijaga melalui aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan tertentu diperingkat kampung.

    Diharapkan dana yang diberikan itu kelak dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti yang telah dirancangkan oleh setiap organisasi bersesuaian dengan matlamat mereka sendiri.

    Beliau berkata demikian semasa hadir dan menyampaikan geran MRP dalam Majlis penyampaian Geran MRP Kerajaan Sarawak di Dewan Masyarakat Kampung Sempat Sebangan pada Isnin.

    Turut hadir sama Pegawai Tadbir Sarawak Sebuyau; Ajis Ahmad, Pemanca Kawasan Sebuyau; Asli Yahya, Penghulu Masyarakat Iban Kawasan Sebangan; Merum Babu dan Penghulu Masyarakat Iban Kawasan Sebuyau, Agu Keleng

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan negeri terus komited membangun dan menyediakan keperluan sekolah di Bahagian...

    0
    LIMBANG, 27 FEBRUARI 2021 (SNN) : Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus komited membangunkan dan memberi kemudahan ke atas...