More
    Home Lain-lain Daerah Kuching catat 4 kes positif Covid-19 hari ini

    Daerah Kuching catat 4 kes positif Covid-19 hari ini

    KUCHING, 23 JULAI 2020 (SNN) : Daerah Kuching hari ini mencatatkan empat kes positif covid-19 menjadikan keseluruhan kes positif di Sarawak setakat ini sebanyak 632 kes.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan media, terdapat tiga (3) kes baru dilaporkan melibatkan kontak dari kluster aktif.

    Kes pertama melibatkan peniaga sayur di Pasar Stutong, Kuching yang merupakan warga tempatan. Kes dikesan melalui pengesanan aktif saringan peniaga di Stutong. Kes didapati positif selepas menjalani ujian saringan pada 18 Julai 2020.

    Kes kedua pula merupakan seorang pesakit wanita di fasiliti kesihatan yang berkaitan dengan kluster Sentosa, Kuching. Ujian swab yang telah diambil keatas pesakit pada 21 Julai 2020 menunjukkan kes didapati positif dan akan dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak bagi rawatan lanjut.

    Manakala kes ketiga melibatkan kes indeks dari kluster Syarikat Kejuruteraan Kuching. Kes mempunyai kontak rapat dengan kes ke-575 dan pernah disaring pada 12 Julai 2020 tetapi didapati negatif. Pada ujian saringan kedua pada 21 Julai 2020 mendapati kes adalah positif covid-19.

    Kes keempat pula merupakan seorang wanita warganegara tempatan yang telah datang menjalani ujian saringan pada 21 Julai 2020 dan hasil mendapati beliau positif covid-19. Tujuan sebenar kes menjalani saringan masih dalam siasatan dan perkaitan kes dengan mana-mana kluster atau kes positif covid-19 yang lain masih dalam siasatan.

    Dimaklumkan juga hari ini tiada kes baru yang telah sembuh dan discaj dari hospital menjadikan keseluruhan kes positif covid-19 yang telah sembuh dan discaj kekal 556 orang. Nizal.

    Kenyataan media harian JPBN Sarawak

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Notis penangguhan sementara semua aktiviti pengimarahan dan penetapan had jemaah bagi...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Berhubung dengan penularan wabak Covid-19 di negeri Sarawak yang dilihat semakin membimbangkan serta langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh...