JKK Kampung berperanan laksana projek bawah RM200,000-Abdullah Saidol

0
734
Abdullah (tengah) dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pada jumaat.-Ukas

DARO, 11 JULAI 2020 (SNN): Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di setiap kampung akan diberi peranan dalam pelaksanaan projek berjumlah RM200,000 ke bawah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Semop, Abdullah Saidol yang juga merupakan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak berkata, struktur dan kaedah pelaksanaan projek tersebut akan dibentangkan dan dibincangkan dalam mesyuarat di peringkat bahagian pada 13 Ogos nanti.

“Perkara ini amat penting kerana kerajaan negeri memandang serius banyak projek rakyat yang tertunda disebabkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama empat bulan akibat penularan wabak Covid-19 awal Januari lalu,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Projek di kawasan DUN Semop semalam.

Gambar : Abdullah hadir mempengerusikan mesyuarat penyelarasan projek DUN Semop.-Sumber Ukas

Katanya lagi, berharap agar dengan cara baru ini banyak projek-projek kecil dapat dilaksanakan dengan segera yang melibatkan pemimpin-pemimpin di kampung sendiri. Tambahnya, dalam mesyuarat beliau turut menekankan isu mengenai pihak agensi yang memohon wakil rakyat untuk membawa ke peringkat kementerian bagi projek-projek yang tidak mencukupi dari segi kosnya.-Sumber Ukas. Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here