Chee Kadir Tinjau 2 Projek RTP Berjumlah RM800,000

0
744
Mohd Chee Kadir semasa melakukan tinjauan di tapak projek pembinaan baru Masjid Lama, Kabong

KABONG, 22 November 2019 (SNN) : Yang Berhormat En. Mohd Chee Kadir hari ini meninjau perkembangan dua projek RTP berjumlah RM800,000 di Kabong. Salah satu projek berkenaan merupakan pembinaan baru Masjid Lama yang terletak di Kampung Tengah Hilir, Kabong. Projek ini berjumlah RM500, 000.00 dan merupakan projek di bawah RTP 2019 (Rural Transformation Project) di bawah Ahli Dewan Undangan Negeri N.40 Kabong.

Mohd Chee Kadir yang juga merupakan ADUN N.40 Kabong dalam kenyataannya melalui Pegawai Khas beliau berkata pembinaan projek bina baru Masjid Lama, Kabong di bawah Projek RTP 2019 DUN Kabong ini bakal memberi manfaat kepada penduduk Kabong amnya, dan penduduk di Kampung Hilir Tengah Kabong khasnya.

“Pembinaan masjid baharu ini nanti dijangka dapat memuatkan sekitar 400-500 orang jemaah, dan projek ini dijangka siap pada pertengahan tahun 2020 . Ia akan memberi manfaat kepada hampir 2000 orang umat Islam di kampung yang berdekatan”.

Mohd Chee Kadir meluangkan masa kira-kira 30 minit di tapak projek berkenaan dan mengikuti taklimat daripada kontraktor projek berkenaan. Beliau turut menyerahkan surat projek kepada kontraktor yang turut hadir dalam tinjauan tersebut.

Projek kedua yang turut ditinjau oleh Mohd Chee Kadir pada hari yang sama adalah projek naik taraf kemudahan pelancongan di Tanjung Kembang. Projek naik taraf fasa yang kedua  ini melibatkan naiktaraf lantai, tangga, tandas, serta bilik persalinan  yang berjumlah RM300,000. Projek ini juga merupakan Projek RTP 2019 di bawah Ahli Dewan Undangan N.40 Kabong.  

Semasa tinjauan tersebut, Mohd Chee Kadir turut menyerahkan surat projek kepada kontraktor yang melaksanakan projek berkenaan. Projek naik taraf kemudahan pelancongan di Tanjung Kembang ini dijangka akan siap pertengahan tahun hadapan.

Projek pembinaan baru Masjid Lama yang terletak di Kampung Tengah Hilir, Kabong ini dijangka siap pertengahan tahun 2020.
Mohd Chee Kadir semasa meninjau projek naik taraf kemudahan pelancongan di Tanjung Kembang
Mohd Chee Kadir menyerahkan surat projek kepada kontraktor yang melaksanakan projek naik taraf kemudahan pelancongan di Tanjung Kembang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here