Awang Tengah menegaskan semua projek di Daerah Limbang dan Lawas mesti siap

0
2130
Awang Tengah menyampaikan ucapan penangguhan VM Lab

KUCHING, 9 APRIL 2019 (SNN) – Awang Tengah menegaskan semua projek  di Daerah Limbang dan Lawas mesti disiapkan dalam tempoh dua tahun. Sebanyak 70 projek pembangunan Northern Region Development Authority (NRDA) yang telah dirancang untuk tahun 2019 hingga 2020.  Sebilangan besar projek adalah pembinaan dan menaiktaraf prasarana, kemudahan awam dan perniagaan.  Dengan adanya berbagai-bagai kemudahan rakyat daerah Limbang dan Lawas akan mampu mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial pada masa depan yang terdekat.

Yang Berhormat Datuk Amar Awang Tengah bin Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli dan Menteri Pembangunan Industri dan Usahawan serta wakil rakyat Bukit Sari, Lawas, telah melakukan penangguhan rasmi bengkel berkaitan pada 10 April 2019 di Bandaraya Kuching.  Bengkel yang dinamakan Value Management Lab telah dianjurkan oleh RECODA (Regional Corridor Development Authority).

Awang Tengah (tengah), Abdul Rahman (kanan) sedang mendengar pembentangan projek

Di dalam ucapannya, Awang Tengah mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana telah meluluskan pembentukan NRDA untuk daerah Limbang dan Lawas.  Di samping itu juga, beliau menyatakan telah meluluskan berbagai-bagai projek pembangunan untuk rakyat sebanyak RM1.5 bilion. Beliau menegaskan agar semua agensi, jabatan dan pihak swasta yang terlibat mempastikan semua projek dilaksanakan mengikut jadual dalam tempoh dua tahun sahaja.

AWang Tengah menegaskan sesuatu kepada Abdul Rahman ketika menikmati jamuan

Awang Tengah, yang merupakan anak jati daerah Lawas, percaya projek prasarana akan membina jalinan berbagai pihak yang kemudian akan menjana pertumbuhan ekonomi. Beliau berkata daerah Limbang dan Lawas mempunyai potensi besar kerana bentuk buminya yang merangkumi tanah tinggi, pesisir dan lautan.  Antara potensi yang baik adalah dalam bidang pertanian di tanah tinggi, penternakan di dataran dan perikanan di lautan Teluk Brunei.

Sebahagian daripada peserta dari daerah Lawas.

Bengkel selama 3 hari ini telah berjalan lancar seperti dijadualkan.  Kehadiran agensi dan jabatan kerajaan dari daerah Lawas dan Limbang telah memudahkan perancangan terperinci.  Pengetahuan dan pengalaman tempatan telah banyak membantu perancangan yang mantap yang akan mempercepatkan pelaksanaan projek yang banyak itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here