Awang Tengah Mahu Lebih Banyak Kegiatan Agama Islam di Daerah Lawas

0
1034
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri Sarawak

LAWAS (SNN) – Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Tanah dan Sumber Asli II dan Menteri Industri dan Pembangunan Usahawan mahu melihat Lembaga Amanah Khairat Islam Lawas (LAKHIL) menganjurkan lebih banyak kegiatan untuk masyarakat di Daerah Lawas.  Satu mesyuarat telah diadakan untuk membincang susunan kegiatan pada 4 September 2018 yang dipimpin beliau selaku Pengerusi LAKHIL.

Awang Tengah mempengerusikan mesyuarat LAKHIL (Gambar: LAKHIL)

Sebagai sebuah daerah yang terletak jauh dari ibu kota dan pusat pentadbiran di Kuching, masyarakat Islam bergantung kepada badan sukarela seperti LAKHIL untuk menyemarakkan syiar Islam.

Umat Islam di Sarawak sangat bertuah kerana Kerajaan Negeri Sarawak telah meneruskan amalan penubuhan lembaga amanah khairat di setiap daerah untuk mengurus dan memajukan agama Islam.  Dalam pada itu juga terdapat Jabatan Agama Islam Sarawak dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.  Dengan adanya agensi sukarela dan jabatan kerajaan Daerah Lawas kini dapat mendalami ajaran agama Islam dengan ustaz-ustaz yang bertauliah.

Awang Tengah sedang berbincang dengan ahli LAKHIL (Gambar: LAKHIL)

LAKHIL bertanggungjawab menguruskan tanah perkuburan Islam dan juga masjid daerah, Masjid Darul Makmur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here