More
    Home AKYBMS amalkan keindahan Islam dengan Program Ihya' Ramadan SAMAkasih

    AKYBMS amalkan keindahan Islam dengan Program Ihya’ Ramadan SAMAkasih

    KUCHING, 21 MEI 2019 (SNN) – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah turut mengamalkan keindahan Islam dengan Program Ihya Ramadan SAMAkasih untuk golongan asnaf.  Program tahunan ini tertumpu di Bandaraya Kuching yang mempunyai keluarga Melayu-Muslim yang menjadi golongan miskin bandar.  Keprihatinan persatuan-persatuan dan orang perseorangan terhadap golongan miskin dalam masyarakat merupakan satu keindahan dalam agama Islam, khususnya pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini.

    Program Ihya’ Ramadan SAMAkasih Mubarak Kareem anjuran AKYBMS ini telah dilancarkan oleh YB Datuk Mohamad Naroden bin Majais, Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS pagi tadi di Petra Jaya, Kuching.  Mohamad Naroden adalah juga Menteri Muda E-Dagang, Menteri Muda Keusahawanan Dan Pembangunan Perusahaan Kecil & Sederhana.  Turut serta dalam pelancaran tersebut adalah Datu Dr. Hj. Sanib bin Hj. Said, Pengurus Besar, AKYBMS serta kakitangan AKYBMS.

    Back

    2. SAMARIANG PINGGIR

    Pada hari ini tiga buah kampung telah dipilih untuk menerima bahan makanan asas kepada para asnaf.  Setiap kampung telah menerima 40 kampit beras dan minyak makan.  Kampung pertama yang dikunjungi Program Ihya’ Ramadan SAMAkasih Mubarak Kareem ini adalah Kampung Samariang Pinggir, Petra Jaya, Kuching.  Rombongan AKYBMS telah disambut oleh Ketua Kaum, Haji Ramli Arabi dan Pengerusi Jawatankuasa Surau.  Kampung Samariang Pinggir merupakan sebuah kampung air yang dihuni oleh masyarakat Melayu-Muslim yang sebenarnya terpinggir.

    Destinasi seterusnya adalah Kampung Bintawa Hilir yang terletak di tebing Sungai Sarawak berhadapan dengan kawasan perindustrian Pending.  Keadaan kampung ini padat dan daif yang menepati ciri-ciri yang boleh menerima bantuan Program Ihya Ramadan SAMAkasih.  Ketibaan rombongan dari AKYBMS pada sebelah petang telah disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Masjid Darul Islam, En. Loyan dan ahli-ahlinya.  Keadaan masjid ini berbeza dengan keadaan di luar dengan kelengkapan yang lumayan seperti hawa dingin.

    Sanib menyerahkan bahan makanan kepada Pengerusi Masjid Darul Islam, Kampung Bintawa Hilir sambil disaksikan oleh para asnaf. Gambar: AKYBMS

    Kampung terakhir yang dikunjungi adalah Kampung Sourabaya Hulu yang terletak di seberang pusat Bandaraya Kuching sendiri.  Di sini rombongan AKYBMS telah disambut oleh Ketua Kaum di surau kampung.

    Sanib menyampaikan bahan makanan kepada salah seorang asnaf Kampung Samariang Pinggir. Turut menyaksikan adalah Ramli dan ahli AJK Surau. Gambar: AKYBMS
    Back
    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penduduk yang terjejas di kawasan PKP akan terima bantuan makanan dari...

    0
    KUCHING, 19 JANUARI 2021 (SNN) : Bahagian Sibu yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hujung Januari ini memberi kesan terhadap aktiviti...