ADUN Sebuyau rasmi Jalan Kampung Sg. Rama dan Mambai

0
37
Datuk Julaihi meotong riben sebagai simbolik merasmikan jalan raya yang telah siap dibina.

SEBUYAU, 16 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi telah merasmikan jalan kampung bagi Kampung Sungai Rama dan Kampung Mambai petang semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata, kerajaan Sarawak akan terus memberi fokus terhadap pembangunan infrastruktur diluar bandar sebagai contoh pembinaan kedua-dua jalan kampung ini yang dibina sepanjang 2,190 meter dibina dengan kos sebanyak RM2.2 juta di bawah peruntukan kerajaan Sarawak melalui tiga peringkat.

“Di bawah kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kita telah lihat banyak laksanakan projek pembangunan infrastuktur seperti pembinaan jalan, jambatan, bekalan api dan air, sekolah, gelanggang futsal dan pelbagai keperluan lain diberi fokus oleh pihak kerajaan,” katanya.

Jalan raya yang siap di bina di kedua-dua kampung berkenaan memberi keselesaan kepada penduduk sekitar.

Dalam majlis itu Datuk Julaihi turut mengumumkan geran sebanyak RM5,000 untuk JKKK Kampung Mambai dan JKKK Sungai Rama.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Sebuyau, Ajis Ahmad, Tuai rumah Kampung Mambai dan Kampung Sungai Rama serta pemimpin-pemimpin tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here