More
    Home Sarawak Serian Lebuh Raya Pan-Borneo Buka Peluang Perniagaan Pekan Serian

    Lebuh Raya Pan-Borneo Buka Peluang Perniagaan Pekan Serian

    SERIAN SNN – Sebelum ini Serian dianggap sebagai bandar kecil namun keadaan bakal berubah dengan pembinaan dua jejambat akan dibina selepas siapnya projek Lebuh Raya Pan-Borneo merentasi kawasan tersebut.

    Memetik laporan The Borneo Post, Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi Penyelidikan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, Majlis Daerah Serian (MDS) dan pemilik kedai kopi perlu merebut peluang bagi menjadikan Serian sebagai bandar tumpuan.

    Malah menurutnya, kebersihan dan landskap di sekitar Serian juga perlu sentiasa dijaga bagi memberi kepuasan kepada pengunjung terutama pengguna jalan raya.

    “Kebersihan perlu diberi keutamaan selain landskap hendaklah ditambah baik,” katanya.

    Manyin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu menambah, dua jejambat yang bakal dibina merupakan perkara besar untuk Serian.

    Laluan projek Lebuh Raya Pan Borneo merentasi Serian bermula dari Bulatan Serian ke Simpang Pantu yang melibatkan pembinaan dua jejambat di pusat komersial Simpang Loius dan Taman Tasik Danu.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...