MATU, 23 JANUARI 2021 (SNN) : Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah (JKMD) Matu dalam usaha menghulurkan bantuan kepada kira-kira 16,000 ribu mangsa banjir yang terjejas di kawasan Daerah Matu.
Pada hari ini proses menyerahkan bantuan telah dilaksanakan dengan kerjasama Sukarelawan Jabatan Kebajikan Daerah Matu, AJK Bencana Daerah Matu serta anggota RELA Daerah Matu.
“Usaha menyerahkan secepat yang mungkin agihan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir masih dalam proses dan hari ini sahaja selesai mengagihkan kepada penduduk di Kampung Jemoreng dan Sekaan,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Matu semasa majlis simbolik penyerahan bantuan di Dewan Suarah Matu pada Jumaat.
Penduduk kampung yang hadir menzahirkan rasa terima kasih diatas keprihatinan kerajaan negeri yang sentiasa peka akan keperluan rakyat lebih-lebih lagi ketika menghadapi musim banjir ini.