More
    Home Hampir 200 kakitangan Hospital Miri dikuarantin selepas 20 petugas disahkan positif Covid-19

    Hampir 200 kakitangan Hospital Miri dikuarantin selepas 20 petugas disahkan positif Covid-19

    KUCHING, 23 JANUARI 2021 (SNN) : Hampir 200 orang kakitangan Hospital Miri diarahkan menjalani perintah kuarantin selepas 20 orang petugas didapati positif Covid-19 setakat ini.

    Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing, 20 orang petugas yang disahkan positif itu kebanyakannya dikesan di Unit Kecemasan Hospital Miri dan kini terdapat beberapa perkhidmatan terpaksa ditangguh sementara waktu.

    “Susulan kejadian itu, hampir 200 orang kakitangan yang lain terpaksa dikuarantin bagi mengekang penularan wabak covid-19 dan ini menyebabkan sistem perkhidmatan ada yang terpaksa ditangguh dahulu,” tambah beliau semasa bercakap pada sidang media harian Covid-19 semalam.

    Mengenai catatan kes Covid-19 yang tinggi direkodkan di Bahagian Sibu, beliau menjelaskan Kluster Pasai menunjukkan peningkatan kes berterusan sejak mula direkodkan pada 1 Januari lepas dengan keseluruhan kes setakat ini berjumlah 1,182 kes.

    Ujarnya, beliau berharap masyarakat agar terus berhati-hati dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) serta memberi kerjasama yang baik dengan hadir menjalani ujian saringan jika mempunyai gejala atau kontak rapat dengan mana2 kluster dan kawasan berisiko.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Projek pintu air atasi masalah banjir di Kampung Lingga

    0
    LINGGA, 09 MAC 2021 (SNN) : Projek Pembinaan Pintu Air di kawasan Kampung Lingga yang sering mengalami masalah banjir setiap kali hujan dan fenomena...