KUCHING, 13 JANUARI 2021 (SNN) : Sarawak hari ini mencatatkan kes harian tertinggi setakat ini sebanyak 166 kes melibatkan 94 kes di Sibu, 48 kes Miri, 15 kes Kuching, 4 kes Beluru, 3 kes Bintulu, 1 kes Belaga dan 1 kes di Samarahan menjadikan keseluruhan kes meningkat kepada 1,740 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan menjelaskan, terdapat penambahan kes melibatkan kluster yang ada iaitu Kluster Pasai 88 kes baharu, Kluster Bah Sayap 4 kes baharu manakala Kluster Stutong dan Keranji, Tabuan masing-masing satu dan dua kes.
Berikut adalah perincian kes yang dikeluarkan oleh JPBN dalam kenyataan media harian.
![](https://sarawaknewsnetwork.com/layout2/wp-content/uploads/2021/01/WhatsApp-Image-2021-01-13-at-17.43.38-1-791x1024.jpeg)
![](https://sarawaknewsnetwork.com/layout2/wp-content/uploads/2021/01/WhatsApp-Image-2021-01-13-at-17.43.38-2-791x1024.jpeg)
![](https://sarawaknewsnetwork.com/layout2/wp-content/uploads/2021/01/WhatsApp-Image-2021-01-13-at-17.43.38-3-791x1024.jpeg)