More
    Home Dr Hazland hulur bantuan kepada mangsa banjir di DUN Demak Laut

    Dr Hazland hulur bantuan kepada mangsa banjir di DUN Demak Laut

    KUCHING, 14 JANUARI 2021 (2021) : Fenomena hujan lebat yang sudah masuk hari ke tiga terus membawa kepada kejadian air pasang besar sehingga menyebabkan makin ramai penduduk kampung yang mendiami kawasan rendah terancam dengan musibah banjir.

    Ekoran daripada kejadian itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni bersama rombongan menghulurkan bantuan kemanusian kepada mangsa banjir di Kampung Bako pada Selasa.

    “Bantuan yang disalurkan kepada mereka akan dilaksanakan secara berterusan sehingga kejadian banjir pulih sepenuhnya.

    “Keadaan seperti ini kita perlu mengambil berat dan bertindak dengan cepat agar dapat memberi sokongan dan semangat kepada mereka ketika menghadapi fenomena seperti ini,” kata beliau selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Bako, pada Selasa.

    Beliau menasihatkan agar penduduk yang tinggal di kawasan tepi sungai ataupun kawasan rendah untuk sentiasa berwaspada sepanjang musim hujan ini kerana dikhuatiri air melimpah masuk sehingga ke dalam rumah masing-masing.

    Ujar beliau lagi, bagi mereka yang terpakda berpindah pastikan segala barangan elektrik dimatikan dengan selamat dan barangan peribadi seperti dokumen-dokumen penting disimpan dengan selamat.

    Dr Hazland (tengah) menyampaikan bantuan kepada salah satu keluarga mangsa banjir yang terjejas

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...