More
    Home Sarawak Mukah Karnival KASUS anjuran Saberkas simbol penyatuan masyarakat pelbagai kaum

    Karnival KASUS anjuran Saberkas simbol penyatuan masyarakat pelbagai kaum

    DARO, 22 DISEMBER 2020 (SNN) : Penganjuran Karnival Sukan Saberkas (KASUS) 2020 Cawangan Daro menjadi lambang penyatuan masyarakat pelbagai kaum dalam mengikut serta acara sukan yang dianjurkan.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, kejayaan unit Saberkas ini dalam menganjurkan karnival untuk penduduk kampung sekaligus memainkan peranan dalam membentuk perpaduan serta silaturahim antara mereka melalui penyertaan acara yang dianjurkan.

    “Penyertaan acara memancing kali ini dilihat mendapat sambutan yang sangat baik dengan lebih 143 peserta yang turut serta termasuklah saya sensdiri.

    “Kita percaya dengan kejayaan melaksanakan karnival seperti ini sudah pasti mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan peserta, pengunjung dan khsususnya ahli-ahli Saberkas itu sendiri,” katanya ketika menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Pertandingan Memancing sempena KASUS 2020 Saberkas Cawangan Daro di Kampung Tebaang, Daro pada Ahad.

    Dalam majlis yang sama, Safiee Ahmad turut merasmikan Bangunan Pusat Sumber JKKK Kampung Tebaang Daro yang telah siap dibaikpulih.

    Antara peserta yang turut mengambil tempat menyertai aktiviti

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Wartawan di wilayah Sarawak di cadangkan mengikuti latihan profesional kewartawanan

    0
    KUCHING, 07 JANUARI 2025: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dicadangkan untuk menyertai Institut Akhbar Malaysia (MPI) sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan profesionalisme wartawan...