More
    Home Kerajaan GPS teruskan usaha menyediakan bekalan elektrik di kawasan pedalaman

    Kerajaan GPS teruskan usaha menyediakan bekalan elektrik di kawasan pedalaman

    KUCHING, 22 DISEMBER 2020 (SNN) : Kerajaan di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited untuk teruskan usaha membekalkan kemudahan bekalan elektrik bagi rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar.

    Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM2.3 billion bagi menyalurkan bekalan elektrik di kawasan-kawasan luar bandar secara berterusan.

    Beliau menzahirkan terima kasih kepada pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) di atas kejayaan mereka menyelenggara Projek Empangan Hidroelektrik Baleh dengan cekap.

    Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Inaugural Sarawak Energy Vendor Awards 2020 anjuran SEB di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) semalam.

    Turut hadir sama Pengerusi Sarawak Energy Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Datu Sharbini Suhaili, Lembaga Pengarah Sarawak Energy, Dato Idris Buang serta tetamu lain yang hadir.

    Ketua Menteri menyampaikan anugerah kepada peserta yang terpilih

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    0
    LAWAS, 24 JANUARI 2021 (SNN) : Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak dulu akan terus dilaksanakan dalam...