More
    Home Sarawak Mukah Karnival sukan Saberkas galakkan belia amal gaya hidup sihat dan aktif

    Karnival sukan Saberkas galakkan belia amal gaya hidup sihat dan aktif

    DARO, 13 DISEMBER 2020 (SNN) : Golongan belia harus diberikan perhatian terutama dalam memastikan mereka tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat.

    Dalam misi melahirkan golongan belia yang sihat dan aktif bersukan satu anjuran Karnival Sukan Saberkas (KASUS) telah diadakan di Daerah Daro dengan matlamat belia bebas dari kancah penyalahgunaan dadah.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro merangkap Setiausaha Agung Saberkas Negeri Sarawak, Shafiee Ahmad, penganjuran KASUS wajar dilaksanakan setiap tahun di semua cawangan Saberkas di Sarawak ini sebagai platfom untuk golongan muda beriadah dan bersukan.

    “Langkah ini juga dibuat bagi memastikan para belia tidak terjerumus dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan masalah sosial yang lain.

    “Justeru, diharapkan nanti akan ada penambahan aktiviti sukan dan riadah yang lain untuk belia di kawasan ini melalui Saberkas Daro,” kata beliau semasa merasmikan Pertandingan Bayblade & PUBG Sempena KASUS Saberkas Cawangan Daro 2020 pada Sabtu.

    Ujar beliau, seramai 100 orang peserta dengan dibahagikan kepada 25 pasukan telah menyertai pertandingan PUBG dan 40 peserta dalam pertandingan bayblade sepanjang anjuran itu berlansung dan ini menunjukkan impak yang positif terhadap penglibatan belia di kawasan itu.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak sentiasa perjuangkan hak dan automoni seperti yang termaktub dalam MA63

    0
    KUCHING, 11 JANUARI 2025: Sarawak terus komited dalam mempertahankan prinsip-prinsip federalisme yang menjadi teras kepada pentadbiran negara ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr)...