More
    Home Idris Buang selar perbuatan pemimpin DAP yang sengaja cetuskan politik perkauman di...

    Idris Buang selar perbuatan pemimpin DAP yang sengaja cetuskan politik perkauman di Sarawak.

    KUCHING, 12 DISEMBER 2020 (SNN) : Tindakan pihak pembangkang yang terdiri daripada DAP, PH dan PSB baru-baru ini mempertikaikan pembinaan Wisma Melayu Sarawak yang dianggap hanya mengutamakan kaum Melayu dibidas oleh ADUN Muata Tuang Dato Idris Buang.

    Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP cawangan Serian baru-baru ini dengan menyatakan agar bangunan baharu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) iaitu Wisma Melayu Sarawak ditukarkan kepada Wisma Kenyalang Sarawak adalah tindakan yang tidak menunjukkan kepada kepelbagaian kaum di Sarawak.

    Pautan berita penuh kenyataan pemimpin DAP Brolin;

    Mengulas isu tersebut, Dato Idris Buang yang juga Ketua Penerangan PBB membidas kenyataan Brolin dengan menyatakan bahawa blok pembangkang seolah-olah sengaja mencetuskan ketidakstabilan politik dengan membawa isu perkauman di negeri ini.

    Blok pembangkang dilihat seolah-olah kehilangan modal berpolitik sehingga mengetepikan perpaduan kaum di negeri ini dan semberono menyatakan sesuatu dengan mengaitkan beberapa isu seperti Darul Hana dan baru-baru ini pembinaan Wisma Melayu Sarawak yang kononnya dianggap sebagai mengutamakan Melayu sahaja.

    Perlu dilihat kembali sebelum ini Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah melancarkan pembinaan Bangunan Dayak Cultural Foundation dan Dewan Perniagaan dan Industri Dayak di Jalan Ong Tiang Swee dan tidak lama lagi projek pembinaan bangunan FORUM untuk Orang Ulu di Miri menunggu giliran.

    Oleh hal demikian, tuduhan Brolin tersebut adalah tidak berasas sama sekali sedangkan beliau tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.

    Brolin Nicholsion menuduh tanpa asas dan usul periksa dengan mengaitkan Wisma Melayu Sarawak tidak melambangkan perpaduan berbilang kaum di Sarawak

    Dato Idris menegaskan agar pihak PDRM membuat siasatan, menangkap dan mendakwa mereka yang tidak bertanggungjawab kerana berpolitik menggunakan sentimen perkauman kerana hal demikian adalah suatu yang sangat serius.

    Ujar beliau lagi, kita sentiasa sayangkan keharmonian dan toleransi kaum dan agama di Sarawak. Oleh itu, diingatkan agar orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang hanya menggugat keharmonian kaum di negeri ini semata-mata untuk mendapatkan kuasa memerintah dengan cara yang kotor.

    Pautan berita penuh;

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...