KUCHING, 03 NOVEMBER 2020 (SNN) : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang pada semalam serahkan 500 ekor ayam dan sayuran kepada penduduk Kampung Haji Baki yang terkandas susulan PKPD sejak 29 Oktober lalu.
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan itu selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengisytiharan Kluster Baki selepas 25 kes positif covid-19 dikesan di kawasan itu.
Prihatin terhadap nasib penduduk kampung itu, ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang bersama penderma yang lain tiba ke kampung berkenaan pada 8.30 pagi semalam untuk diserahkan kepada setiap penduduk kampung.
Ujarnya, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan barisan hadapan yang bertungkus lumus bertugas mengawal penularan Covid-19 di kawasan berkenaan disamping mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung tersebut juga.-Sumber Ukas.