More
    Home Sarawak Betong Wakil pimpinan PAS Beting Maro bantu mangsa kebakaran di Semarang, Pusa

    Wakil pimpinan PAS Beting Maro bantu mangsa kebakaran di Semarang, Pusa

    PUSA, 01 NOVEMBER 2020 (SNN) : Walaupun terdapat halangan pergerakan akibat pandemik Covid-19, itu tak menghalang perwakilan PAS kawasan Beting Maro untuk turun menghulur bantuan kepada mangsa kebakaran yang berlaku pada minggu lepas melibatkan empat buah rumah.

    Menerusi laman sosial Facebook yang di kemas kini oleh perwakilan, program ziarah menyantuni penduduk kampung itu memfokuskan bantuan kepada pasangan yang kematian ahli keluarga, yang baru mendirikan rumah tangga disamping menyerahkan bantuan keperluan kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan.

    Menyantuni warga emas sekaligus serahkan bantuan berupa makanan asas

    Setakat semalam jelajah kampung ke kampung itu telah selesai di kawasan Kampung Beladin dan Semarang dan akan diteruskan ke kampung yang lain.

    Tambahnya, perwakilan PAS akan sentiasa berusaha membantu mereka yang memerlukan serta menjaga kebajikan mereka lebih-lebih lagi di saat negara dilanda pandemik.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan dinaikkan kepada 1,500 MW secara...

    0
    BINTULU, 17 APRIL 2024: Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan ditingkatkan kepada sebanyak 1,500 megawatt secara berperingkat menjelang 2028. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri...