More
    Home Kerajaan Sarawak lancar pesawat khas cerapan udara & SADU tingkatkan pengurusan hutan...

    Kerajaan Sarawak lancar pesawat khas cerapan udara & SADU tingkatkan pengurusan hutan negeri

    MIRI, 03 NOVEMBER 2020 (SNN) : Ketua Menteri akan melancarkan pesawat khas yang akan dilengkapi dengan teknologi cerapan udara yang diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Hutan dan Geospatial (SADU), Jabatan Hutan Sarawak.

    Majlis perasmian SADU yang akan dilancarkan di Hangar Hornbill Lapangan Terbang Miri oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg itu akan berlangsun pada jam 2.30 petang esok.

    Pesawat yang dilengkapi dengan sistem pemetaan 4D meliputi hutan, hidupan liar, penggunaan tanah termasuk cerapan di bawah tanah akan meningkatkan keupayaan Jabatan Hutan Sarawak dlam memantau sumber alam semulajadi di negeri ini.

    Persediaan pesawat yang akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri esok

    Sementara pada sebelah pagi esok, beliau akan merasmikan seminar ‘Forest Plantation Sarawak, di Hotel Pullman pada jam 10 pagi.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...