More
    Home Industri Minyak dan Gas berpotensi sumbang ekonomi negeri Sarawak

    Industri Minyak dan Gas berpotensi sumbang ekonomi negeri Sarawak

    KUCHING, 01 NOVEMBER 2020 (SNN) : Satu taklimat mengenai industri minyak dan gas telah diadakan di Hotel Pullman, Kuching diantara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada Sabtu.

    Taklimat itu diadakan bagi membincangkan mengenai perniagaan industri minyak dan gas Sarawak yang mempunyai potensi untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri Sarawak.

    Dalam pada itu, PETROS turut berkongsi mengenai syarat-syarat untuk pengurusan bersepadu sumber minyak Sarawak untuk bergerak ke hadapan di samping peranan PETROS dalam mengukuhkan syarikat cari gali itu dengan pemain-pemain industri di Sarawak untuk turut terlibat.

    Turut hadir dalam taklimat itu adalah Penasihat Undang- Undang Sarawak, Dato Sri JC Fong; Pengarah EPU, AP Dr. Muhammad Abdullah Zaidel.-Sumber Ukas.

    Taklimat berlangsung bersama-sama syarikat yang terlibat sama

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak fokus hasilkan benih padi sendiri pastikan bekalan makanan di...

    0
    GEDONG, 30 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak kini memberi tumpuan kepada penghasilan benih padi sendiri untuk memastikan keterjaminan makanan di negeri ini adalah mencukupi. Premier Sarawak,...