More
    Home Seorang lelaki maut terjun dari bangunan

    Seorang lelaki maut terjun dari bangunan

    KUCHING, 21 OKTOBER 2020 (SNN) : Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat 5 bangunan Wisma Saberkas di sini, semalam.

    Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan sekitar jam 5 petang semalam.

    “Mangsa, 58 tahun, ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala oleh pengawal keselamatan yang lalu di kawasan belakang bangunan terbabit.

    “Punca kejadian dikatakan mangsa telah terjun dari tingkat lima bangunan berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan.

    Tempat dimana mangsa dikatakan terjun dari tingkat lima bangunan terbabit.

    Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan yang tiba ke lokasi kejadian dan mayat mangsa kemudian di hantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk siasatan lanjut.

    Ujarnya, kes kini masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    22 JULAI, 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER PADA TAHUN 1963: APAKAH...

    0
    MASIH ADA LAGI orang bertanyakan apakah dan mengapakah warga Malaysia merayakan tiga tarikh ini. Semua tarikh ini begitu dekat di antara satu dengan yang...