More
    Home Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan tergantung di Bintawa

    Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan tergantung di Bintawa

    KUCHING, 03 OKTOBER 2020 (SNN) : Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan menggantungkan diri di kediamannya di Kampung Tengah Bintawa, semalam.

    Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian daripada orang awam pada jam 5.15 pagi.

    “Mangsa perempuan Melayu berusia 27 tahun ditemui dalam keadaan tergantung oleh pihak polis yang tiba ke lokasi kejadian.

    “Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Hospital Umum Sarawak dan dihantar ke HUS untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

    Tambahnya, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berkenaan kes dan kes dianggap sebagai mati mengejut (SDR).

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    KETEQ AI peranti penukar kuasa berasaskan (AI) pertama seumpamanya di dunia...

    0
    CARDIFF, 30 APRIL 2025: Kerajaan Sarawak mencatat satu lagi pencapaian penting dalam bidang teknologi global apabila memperkenalkan KETEQ AI iaitu peranti penukar kuasa berasaskan...