More
    Home Perkhidmatan feri RM1, kerajaan belanja RM50 juta setahun biayai subsidi untuk kesenangan...

    Perkhidmatan feri RM1, kerajaan belanja RM50 juta setahun biayai subsidi untuk kesenangan rakyat.

    SIBU, 04 OKTOBER 2020 (SNN) : Kerajaan Sarawak memperuntukkan sejumlah RM50 juta setahun untuk membiayai subsidi feri yang mana telah diselaraskan caj perkhidmatannya kepada RM1 untuk semua jenis kenderaan bagi meringankan kos pengguna perkhidmatan feri tersebut.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, usaha yang diambil oleh kerajaan negeri itu atas keprihatinan terhadap keperluan rakyat yang setiap hari bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan menggunakan perkhidmatan feri itu sebagai laluan utama sementara menunggu kerja pembinaan jambatan siap sepenuhnya.

    “Kerajaan Sarawak sentiasa melihat keperluan rakyat sejak diluluskan kadar caj perkhidmatan feri RM1 untuk semua jenis kenderaan ianya sekaligus meringankan beban mereka yang dahulunya caj bayaran adalah berbeza mengikut jenis kenderaan dan mahal.

    “Kerajaan Sarawak dalam usaha untuk meneruskan kesemua tujuh buah projek jambatan di laluan sedia ada seperti jambatan Batang Rambungan, Batang Lupar, Batang Saribas, Sungai Krian, Batang Paloh, Muara Lassa dan Batang Igan,” katanya pada sesi pembentangan Perkongsian Strategik : Pembangunan Infrastruktur pada Konvensyen Khas PBB Zon Tengah pada semalam.

    Datuk Julaihi Narawi berucap semasa sesi pembentangan pelan stategik di sidang Konvensyen PBB, Sibu

    Tambahnya, projek ‘Missing Link’ yang merangkumi Jalan Pasi, Sarikei, Tanjung Manis, Mukah termasuk Jambatan Kuala Kemena serta laluan kedua, Kuching-Samarahan dan Jambatan Sungai Sarawak di Demak Laut turut sedang dalam pelaksanaan kerja-kerja naiktaraf.

    Ujarnya, kerajaan turut tidak ketinggalan menaiktaraf jalan pesisir sepanjang 331 kilometer yang merangkumi 23 pakej bermula dari Sematan hingga ke Utara Sarawak.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penduduk yang terjejas di kawasan PKP akan terima bantuan makanan dari...

    0
    KUCHING, 19 JANUARI 2021 (SNN) : Bahagian Sibu yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hujung Januari ini memberi kesan terhadap aktiviti...