More
    Home Sarawak Samarahan Rumah adik ADUN Simunjan musnah akibat kebakaran

    Rumah adik ADUN Simunjan musnah akibat kebakaran

    SIMUNJAN, 01 OKTOBER 2020 (SNN) : Sebuah rumah dua tingkat milik kepada adik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan musnah dalam satu kebakaran di Kampung Kancong, Jalan Spaoh-Gumpei pada petang semalam.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian sekitar jam 6.16 petang sebelum mengerahkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Simunjan ke lokasi.

    “Kebakaran terbabit telah memusnahkan 100 peratus struktur rumah dua tingkat terbabit serta dua buah kereta terbiar di parkir bersebelahan rumah.

    “Anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran berkenaan dan pemadaman api menggunakan dua aliran dan pancutan air dari nozel yang dihubungkan dari jentera,” katanya dalam satu kenyataan.

    Tiada kemalangan jiwa terlibat semasa kebakaran berlaku

    Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya sekitar jam 7.45 malam semalam dan punca lebakaran serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penerbitan Buku ‘Adat Resam Masyarakat Melayu Sarawak’ perkukuh pemahaman dan budaya...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2025 (SNN): Penerbitan buku berjudul 'Adat Resam Masyarakat Melayu Sarawak' bertujuan untuk mendokumentasikan adat resam masyarakat Melayu Sarawak dengan penekanan kepada...