More
    Home Seorang remaja lemas selepas selamatkan rakan yang hampir lemas

    Seorang remaja lemas selepas selamatkan rakan yang hampir lemas

    KUCHING, 22 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Kegembiraan bertukar tragedi apabila seorang remaja lelaki ditemui mati lemas selepas dikatakan menyelamatkan rakannya ketika sedang mandi sungai di Kampung Segedup, Batu Kawa di sini, hari ini.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba berkata, operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dilancarkan selepas menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.46 pagi.

    “Ketika insiden berlaku dikatakan mangsa Hairi Hakimi, 14 tahun, bersama 15 lagi rakannya sedang mandi sungai sekitar jam 9.30 pagi sebelum salah seorang rakannya hampir lemas dan dia bertindak untuk menyelamatkan rakannya itu.

    “Kita turut dimaklumkan bahawa mangsa berjaya menyelamatkan rakannya sebelum dia sendiri tenggelam dan hilang selepas itu,” katanya.

    Tambahnya, difahamkan mangsa tidak pandai berenang namun merisikokan diri untuk menyelamatkan rakannya.

    Mayat mangsa diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

    Komander operasi melaporkan mayat mangsa berjaya dijumpai pada jarak 15 kaki dari lokasi terakhir mangsa dilihat iaitu sekitar jam 11.35 pagi tadi.

    Mayat mangsa kemudia diserahkan kepada pihak polis dan seterusnya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    KETEQ AI peranti penukar kuasa berasaskan (AI) pertama seumpamanya di dunia...

    0
    CARDIFF, 30 APRIL 2025: Kerajaan Sarawak mencatat satu lagi pencapaian penting dalam bidang teknologi global apabila memperkenalkan KETEQ AI iaitu peranti penukar kuasa berasaskan...