Jalan daif, penduduk perbaiki sendiri jalan penat tunggu bantuan pihak berwajib

0
104
Penduduk bekerjasama perbaiki jalan menggunakan sumber yang sedia ada

BARAM, 23 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Penduduk kampung di Long Panai mengambil inisiatif sendiri untuk memperbaiki jalan balak dengan bergotong-royong untuk keselesaan bersama.

Inisiatif berkenaan dibuat oleh penduduk rumah panjang, guru-guru Sekolah Kebangsaan (SK) Long Panai, Pemuda kampung, Pendeta, JKKK, pengangkut dan pemilik kenderaan pacuan empat roda setelah sekian lama menunggu syarikat balak dan kerajaan datang untuk memperbaiki jalan berkenaan.

Kawasan Long Panai telah dihubungkan dengan jalan kayu balak sejak tahun 2011/2012 lagi yang terletak di kawasan Mulu, diwakili oleh Datuk Garawat Gala namun sehingga kini belum ada tindakan sewajarnya.

Keadaan jalan yang begitu daif menyukarkan perjalanan penduduk di kawasan sekitar

Menurut sumber, jalan berkenaan menjadi laluan pagi 129 isi rumah di kawasan berhampiran dan SMK Tutoh Apoh dan SRK Long Panai juga terlelatk di kawasan berkenaan selain terdapat sebuah klinik desa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here