More
    Home Kerajaan Sarawak sentiasa utamakan perpaduan kaum di negeri ini

    Kerajaan Sarawak sentiasa utamakan perpaduan kaum di negeri ini

    MIRI, 26 OGOS 2020 (SNN) : Kerajaan Sarawak sentiasa memberi perhatian soal perpaduan antara agama dan kaum di negeri ini yang menjadi tunjang kemajuan Sarawak.

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Kementerian Perpaduan Negara kagum dengan usaha Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) membantu persatuan daripada pelbagai kaum dalam usaha memperkukuhkan lagi perpaduan kaun dan agama.

    Beliau berkata demikian semasa majlis penyerahan peruntukan bernilai RM4.5 juta kepada Persatuan Melayu Miri yang akan digunakan untuk membina bangunan persatuan sekaligus sebagai simbol penyatuan masyarakat Melayu Miri.

    Dalam pada itu, peruntukan turut disampaikan kepada masyarakat Orang Ulu melalui Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM) yang juga akan mempunyai bangunannya sendiri di sini.

    Sekitar majlis penyerahan peruntukan kepada Persatuan Melayu Miri oleh Ketua Menteri

    Jelasnya, Kerajaan di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut memberi bantuan kepada masyarakat Kedayan, Jati Miriek, masyarakat Dayak melalui Serakup Induk Dayak Sarawak (SIDS) dan Persatuan Graduan Sarawak (SDGA).-Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    TYT attends Sarawak Hijrah year-end, new year prayer ceremony in Miri

    0
    MIRI (June 17): The Yang di-Pertua Negeri of Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, accompanied by his wife, Toh Puan Datuk...