Ahli Parlimen Mukah bantu mangsa terjejas akibat ribut

0
120
Wakil kepada AP Mukah serahkan bantuan kepada mangsa

MUKAH, 26 OGOS 2020 (SNN) : Penduduk di Rumah Randi Entaba di Batu 16, Jalan Selangau Mukah, Ulu Kenyana, Mukah mendapat perhatian wakil rakyat selepas kediaman mereka terjejas akibat musibah ribut baru-baru ini.

Ahli Parlimen Mukah Dato Hanifah Hajar Taib telah menghulurkan bantuan kepada lima buah keluarga selepas rumah mereka mengalami keorsakan akibat ribut pada 23 Ogos lalu.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) telah menyalurkan sumbangan berbentuk bahan binaan bagi membaik pulih rumah mangsa yang rosak di sini semalam.

Keadaan bumbung rumah mangsa yang terjejas akibat ribut

Dalam pada itu, Tuai Rumah Randi mengucapkan terima kasih kepada wakil rakyat kerana prihatin menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat ribut di rumah panjangnya.-Sumber Ukas. Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here