KUCHING, 25 OGOS 2020 (SNN) : Sarawak hari ini mencatat sifar kes positif kes Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal 696 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini turut mengisytiharkan empat kawasan kluster tamat setelah 28 hari tiada kes positif baharu dilaporkan.
Kawasan kluster yang diisytihar tamat hari ini melibatkan kluster Syarikat Kejuruteraan Kuching, Kluster Sentosa, Kluster PUI Melbourne dan Kluster Pasar Satok.
Dimaklumkan juga tiadakes baru yang telah pulih dan discaj dari hospital manakala seramai 15 orang masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital.-Nizal.