MIRI, 20 Julai 2019 (SNN) – Persatuan Melayu Miri telah memuktamadkan senarai Jawatankuasa Tadbir PMM dalam Mesyuarat Agung yang diadakan pada 29 Jun 2019 yang lepas. Seperti yang diperuntukkan dalam fasal 7(4) Perlembagaan Persatuan Melayu Miri, semua ahli Persatuan Melayu Miri telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tiga Tahun sekali itu. Semua ahli tersebut termasuk dari sayap belia telah hadir dan berbincang seterusnya memilih barisan kepimpinan untuk kemaslahatan bangsa Melayu Miri.
Hasil mesyuarat
tersebut, setelah dipersetujui ahli-ahli jawatankuasa yang dipilih semasa
Mesyuarat Agung lepas ke atas pelantikan 5 orang pemegang jawatan secara
lantikan, Senarai Jawatankuasa Tadbir PMM untuk sesi 2019-2021 telah
dilengkapkan sepenuhnya. Senarai lantikan adalah seperti berikut :
YDP: Hj Radzali b Hj Alision
TYDP: Pemanca Abg Mohamad b DS Abg Othman
NYDP: Hj Talhah b Mansur
NYDP: Hjh Bibi Sabariah bt Hj Ahmad
Setiausaha: Hj Basar b Nasib
Penolong Setiausaha: Hj Sajali b Hj Kip
Bendahari: Arman b Mulok
Penolong Bendahari: Abg Hj Sarkawi b Abg Hj Taufiq
Pegawai Perhubungan Awam & Seranta: Cr Warziedea bt Ahmad
AJK:
1. Hj Usop b Kian
2. Ustaz Drs Amin Wahid b Muslih
3. Cikgu Sabri b Amin
4. Cikgu Khajijah bt Jair
5. Hartini bt Jailani
6. Afiqah bt Azahari
7. Cikgu Mohd Izzat Fariduddin b Hj Othman
8. Ahmad b Fadzil
Manakala 3 lagi jawatan sedang menanti kelulusan ROS adalah Setiausaha (Hal Ehwal Undang-undang), Setiausaha Penganjur dan Penolong Pegawai Perhubungan Awam dan Seranta.
Adalah diharapkan agar jawatankuasa tadbir ini dapat menjalankan tugasan yang diamanahkan dengan jujur dan ikhlas dan segala urusannya dipermudahkan oleh Allah SWT demi masa depan bangsa Melayu.
