More
    Home Penduduk Dinasihat Berhati-hati Terhadap Keselamatan Diri dan Harta Benda Ketika Musim Perayaan

    Penduduk Dinasihat Berhati-hati Terhadap Keselamatan Diri dan Harta Benda Ketika Musim Perayaan

    KUCHING, 16 Jun 2019 (SNN)- Penduduk dinasihat untuk sentiasa berhati-hati terhadap keselamatan diri dan harta benda ketika musim perayaan ini memandangkan cuaca panas dan berangin memudahkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N05  Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata demikian ketika hadir menyerahkan menyerahkan bantuan berupa barangan keperluan asas dan wang tunai kepada pemilik rumah di Kampung Tabuan Hilir bagi meringankan beban mangsa kebakaran.

    “Musim perayaan ini, kita perlu juga sentiasa berwaspada dan berhati-hati biarpun Aidilfitri ini merupakan hari untuk kita bergembira. Hindari perbuatan yang boleh mengundang bahaya dan sentiasa berhati-hati supaya kejadian yang tidak diingini tidak akan berlaku,” ujarnya.

    Kebakaran dua buah rumah di Kampung Tabuan Hilir mendapat perhatian Dr Hazland yang hadir melakukan lawatan dan menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran tersebut.

    Salah sebuah rumah yang terlibat dengan kebakaran di Kampung Tabuan Hilir

    Dalam kejadian petang semalam, pihak Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan kecemasan pada jam 2.44 petang telah bergegas ke lokasi kejadian. Tiba di lokasi, sebuah rumah dua tingkat separuh kekal telah mengalami kebakaran dengan bahagian tingkat atas terbakar sepenuhnya.

    Dr Hazland ketika ditemui selepas melawat mangsa kebakaran menjelaskan pihaknya akan membantu apa yang diperlukan dalam usaha meringankan beban pemilik rumah. “Kita amat bersimpati dengan apa yang telah berlaku semalam lebih-lebih lagi ianya berlaku di musim perayaan ini. Ketika ini kita serah kepada pihak Bomba untuk melakukan siasatan berhubung punca kebakaran.

    “Pusat Khidmat N5 Demak Laut akan bekerjasama dengan mangsa kebakaran untuk melihat keperluan lain yang boleh dibantu selain apa yang kita lakukan hari ini iaitu menyerahkan sumbangan barangan keperluan harian dan wang ringgit,” katanya.

    Kebakaran semalam juga melibatkan dua buah rumah dengan pada mulanya berlaku dari sebuah rumah dan merebak ke rumah sebelah disebabkan kedudukan rumah yang rapat dan cuaca berangin.

    Hadir sama Penghulu Jas Said dan ahli-ahli Pergerakan Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Ranting Tabuan Hilir.

    Beberapa mangsa kebakaran berkongsi cerita mereka dengan Dr Hazland

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PBB terbuka menerima golongan muda sebagai pemimpin pelapis

    0
    MIRI 19 JANUARI 2025 (SNN): Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sentiasa komited dan terbuka untuk menerima golongan belia sebagai pemimpin pelapis pada masa hadapan...