KUCHING, 23 APRIL 2019 (SNN) – Sebuah ladang kelapa sawit di Simunjan, Bahagian Samarahan, Sarawak telah diserang dan dibakar menurut dua buah video yang tular petang tadi. Video pertama menunjukkan sekumpulan orang Iban yang datang dari Simunjan, Sibu dan Serian telah membakar tiga buah pondok di tepi jalan raya. Video kedua menayangkan seorang berucap yang mengatakan bahawa tanah tersebut merupakan tanah adat bumiputera. Beliau juga mengatakan bahawa sebelum ada Kerajaan Sarawak tanah itu milik mereka.
Video yang tular itu boleh ditonton di sini dengan waspada kerana ada unsur keganasan.
Usaha untuk mendapatkan pengesahan dari pihak polis gagal.