Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan akhirnya tunduk kepada Kerajaan Negeri Sarawak

0
472
Istana Kehakiman, Putra Jaya

KUCHING, 23 APRIL 2019 (SNN) – Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia akhirnya tunduk kepada Kerajaan Negeri Sarawak dengan membatalkan pemindahan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah dari Kuching ke Kota Kinabalu. Pembatalan pemindahan ini telah dimaklumkan melalui sepucuk surat bertarikh 23 April 2019 yang ditandatangani oleh Dato’ Sri Latifah Binti Haji Mohd Tahar, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putra Jaya. SNN telah menerima imej surat berkaitan melalui Whatsapp petang tadi.

Pada 19 April 2019, Dato’ Sri Latifah telah mengeluarkan surat yang menyatakan bahawa Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia akan dipindahkan ke Kota Kinabalu pada 1 Mei 2019 seperti yang dilaporkan dalam Borneo Post pada 22 April 2019.  Kemudian Datuk Liew Vui Kong, Menteri di Pejabat Perdana Menteri turut membuat kenyataan akhbar mengenai pemindahan pejabat tersebut.

Tindakan pemindahan ini telah mendapat bantahan kuat dari Kerajaan Negeri Sarawak melalui kenyataan media Pejabat Ketua Menteri Sarawak bertarikh 22 April 2019. Kerajaan Negeri Sarawak menegaskan bahawa tindakan pemindahan tersebut adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 121 (4) yang mewajibkan Ketua Menteri Sarawak mesti dimaklumkan terlebih dahulu.  Datuk Patinggi (Dr) Abang Johari, Ketua Menteri Sarawak turut menyatakan bantahan Kerajaan Negeri Sarawak pada 22 April 2019 di dalam satu sidang akhbar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here