More
    Home Sarawak Betong Pelajar UNIMAS Bantu Promosikan Gula Apong dan Produk Keluaran Masyarakat Kabong

    Pelajar UNIMAS Bantu Promosikan Gula Apong dan Produk Keluaran Masyarakat Kabong

    KABONG, 20 April 2019 (SNN)– Pelajar UNIMAS bantu mempromosikan gula apong dan produk keluaran masyarakat Kabong apabila mereka melakukan Program Service Based Learning (SBL) dan berkampung di Pekan Kabong bermula Jumaat lalu. Program anjuran kumpulan pelajar bersama pensyarah dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu berlangsung selama tiga hari dua malam bertujuan bagi melihat sendiri cara-cara pemprosesan gula apong serta hasil produk tempatan penduduk tempatan di sini terutama yang berasaskan gula apong.

    Mereka melawat tempat perusahaan membuat gula apong kawasan Kabong bertempat di dua lokasi di sini iaitu di Kampung Sungai Endot dan Kampung Sungai Benang Kabong semalam. Mereka memulakan kunjungan ke lokasi pemprosesan gula apong bermula jam 10 pagi.

    Para pelajar UNIMAS semasa ditunjukkan produk kuih muih yang berasaskan gula apong

    Selain itu, tujuan lain lawatan pelajar UNIMAS ini ialah membantu mempromosikan produk keluaran peniaga tempatan melalui media sosial seperti facebook, instagram, twitter dan sebagainya yang mana promosi ini akan dikendalikan oleh kumpulan pelajar ini sendiri. Para pelajar kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut hasil produk keluaran masyarakat setempat di sini seperti produk gula apong, makanan kering, perkhidmatan homestay malahan beberapa produk dan perkhidmatan lain keluaran tempatan, khasnya dari kawasan Kabong.

    Gula Apong di Sarawak

    Gula apong dihasilkan menggunakan nira pokok nipah. Pokok nipah adalah sejenis palma yang tumbuh di lingkungan hutan bakau atau daerah pasang-surut dekat tepi laut, juga dikenali sebagai buyuk di Indonesia. Penggunaan gula apong oleh penduduk tempatan pula sangat popular sebagai bahan untuk membuat pelbagai jenis kuih muih tradisional masyarakat Sarawak dan ia juga dijadikan perisa bagi menambah kelazatan sesuatu makanan atau masakan. Di samping itu turut dipercayai gula apong kononnya dapat mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi dalam masyarakat dahulu kala.

    Kuih penyaram merupakan kuih yang menggunakan gula apong sebagai ramuan utamanya

    Sekiranya di Melaka terkenal dengan gula Melaka, Pahang dengan gula kabung (enau), Sarawak pula terkenal dengan gula apong. Sungguhpun manisan gula ini kelihatan hampir serupa, namun sebenarnya ia berbeza sama ada dari segi bahan yang digunakan bagi menghasilkan ketiga-tiga jenis gula ini. Rasa dan haruman antara gula Melaka, gula kabung dan gula apong juga ada bezanya.

    Dari segi perbezaan bahan penghasilan, gula Melaka diperbuat daripada nira pokok kelapa, gula kabung diperbuat daripada nira pokok kabung, manakala gula apong pula terhasil daripada nira pokok nipah atau dikenali sebagai pokok apong oleh penduduk tempatan Sarawak.

    Proses membuat gula apong bermula dengan mengumpulkan nira pokok nipah. Selepas itu ia perlu dimasak untuk berjam-jam lamanya supaya menjadi pekat. Sepanjang tempoh itu, ia perlu dikacau tanpa henti supaya gula apong itu tidak hangus, sehinggalah ia menjadi likat. Peralatan yang digunakan masih menggunakan kaedah tradisional, iaitu bekas kayu dan tempat memasak daripada tanah.

    Gula apong yang siap akan dijual dalam bentuk cecair pekat berbanding gula Melaka dan gula kabung yang dijual dalam bentuk ketulan. Gula apong yang likat ini biasanya akan dimasukkan dalam bekas plastik ataupun bungkusan plastik untuk tujuan jualan dan ia amat mudah ditemui di pasar atau tamu yang terdapat di Sarawak. Ia mempunyai permintaan yang tinggi sebab banyak digunakan dalam penyediaan makanan dan minuman.

    Manisan gula apong juga banyak digunakan dalam pembuatan kuih. Antara kuih yang mesti menggunakan gula ini adalah kuih penyaram (atau dikenali sebagai pinjaram di Sabah) yang sememangnya digemari oleh orang Sarawak dan Sabah. Selain penyaram, manisan gula ini juga banyak digunakan dalam penyediaan kuih manis (beras pulut), kuih selorot, rojak, rempah BBQ dan lain-lain. Selain kuih, manisan gula apong turut digunakan dalam penyediaan cendol, Teh C Special dan juga ais krim. Salah satu ais krim yang terkenal di Sarawak iaitu aiskrim gula apong adalah menggunakan pemanis gula apong dalam bahannya.

    Gula apong yang dijual dalam bekas plastik dalam pelbagai saiz

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kejohanan Silat Tanding di Sebuyau terima lebih 280 penyertaan peserta

    0
    SEBUYAU, 25 NOVEMBER 2024 (SNN): Kejayaan penganjuran Kejohanan Silat Tanding Jmeputan, Piala YB Dato Sri Julaihi Narawi di Sebuyau baru-baru ini amat menggalakkan sekaligus...