More
    Home Abang Johari: Melayu jika ditekan akan bangkit

    Abang Johari: Melayu jika ditekan akan bangkit

    MIRI, 21 APRIL 2019 (SNN) – YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Johari Tun Abang Openg, Ketua Menteri Sarawak, berkata satu nilai budaya Melayu adalah jika ditekan kita akan bangkit membela kepetingan bangsanya. Beliau berkata demikian di dalam ucapan perasmian Malam Amal Sempena Perayaan 60 Tahun Persatuan Melayu Miri (PMM) di sebuah hotel di bandaraya Miri malam tadi.

    Abang Johari menerima cenderamata dari Razli selepas menyampaikan ucapan perasmian. Gambar SNN

    Terdahulu Haji Razali Alison, Pengerusi PMM, telah menyampaikan ucapan alu-aluan. Antara lain beliau berkata PMM sebenarnya merupakan salah sebuah persatuan Melayu terawal yang asalnya ditubuhkan sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Bagaimanapun sijil rasmi yang ada sekarang menunjukkan PMM ditubuhkan pada tahun 1959, 60 tahun dahulu. Di dalam sejarah Sarawak, PMM tercatat sebagai peneraju gerakan anti-serahan di Miri sejurus lepas perang. Kemudian ramai pejuang anti-serahan dari Kuching berhijrah ke Miri mencari pekerjaan setelah berhenti dari kerajaan koloni pada masa itu. Di samping itu juga PMM adalah antara yang awal membina bangunan sendiri di tengah-tengah bandar. Bangunan yang telah usang ini akan dibangunkan semula.

    Abang Johari telah mengucapkan syabas kepada para pemimpin PMM yang lama dan baru kerana telah memainkan peranan yang sangat penting dan bermakna. Sebagai penghuni di bandaraya minyak dan gas, Melayu di Miri mestilah sanggup berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Mereka juga mesti sanggup bersaing supaya tidak terpinggir. Beliau menceritakan bagaimana masyarakat Melayu yang terpencil di Selatan Afrika berjaya mempertahankan kebudayaan mereka sehingga dihormati oleh rejim yang kejam pada masa dahulu. Katanya jika Melayu ditekan mereka akan bangkit memajukan diri dan mempertahankan kepentingan mereka. Nilai budaya ini yang harus dipegang dalam mengharungi masa depan.

    Majlis pada malam tadi telah dihadiri oleh lebih dari 600 orang ahli dan keluarga PMM. Isteri Ketua Menteri, Datuk Amar Hajah Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Datin Hajah Fatimah Abdul Malik turut hadir. Jemputan lain terdiri dari Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian and Belia; Dato Wahap Sani; wakil-wakil rakyat di Bahagian Miri seperti Datuk Sebastian Ting dan Ripin Lamat, Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak serta persatuan-persatuan kaum Bahagian Miri.

    Abang Johari dan Hajah Juma’ani memotong pulut kuning. Gambar SNN

    Malam Amal ini telah diserikan dengan tarian Melayu sebagai pembuka tirai. Persembahan seterusnya diisi dengan nyanyian oleh kumpulan busker yang terdiri dari anak-anak muda. Acara yang lain adalah penyampaian hadiah kecemerlangan pendidikan dan penghargaan kepada pemimpin-pemimpin PMM masa lalu. Antara mereka adalah Datuk Seri Arni bin Lampan (Presiden 1976-1983, 1991-1993), Temenggong Abdul Rahman bin Fadzail (AJK) dan Haji Talhah bin Mansor (AJK 1976-sekarang).

    Hajah Juma’ani bersama isteri kenamaan termasuk Hajah Fatimah (kedua kanan). Gambar SNN

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    0
    KOTA SAMARAHAN, 15 JANUARI 2021 (SNN) : Prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah, Samarahan...