Kuching, 13 April 2019 (SNN)- Kursus Induksi Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid dan Surau 2019 dijalankan serentak di lokasi berbeza di seluruh 12 bahagian di Sarawak. Kursus ini merupakan kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak.
Terdapat tiga objektif kursus ini dijalankan iaitu yang pertama membawa semua JKP masjid dan surau ke arah halatuju yang sama bagi menjadikan masjid sebagai institusi pilihan umat Islam untuk pembangunan duniawi dan ukhrawi.
Seterusnya objektif yang kedua pula adalah penggunaan modul yang sama dalam kursus induksi di seluruh negeri. Modul yang digunakan ini bertepatan dengan halatuju Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak dan Pelan Strategik Jabatan Agama Islam Sarawak dalam bidang Pengimarahan Masjid.
Manakala objektif yang terakhir pula adalah bagi mengeratkan silaturahim di sesama ahli jawatankuasa masjid dan surau dan JKP masjid/surau dengan kepimpinan Jabatan Agama Islam Sarawak di seluruh peringkat.
Berikut adalah
senarai lokasi kursus berkenaan beserta dengan jumlah kehadiran peserta:
1. Auditorium Yayasan Sarawak, Kuching
– 178 orang peserta
2. Pusat
Islam Tun Ahmad Zaidi (PIHTAS), Samarahan
– 112 org peserta
3. Masjid
Bahagian Serian
– 15 org peserta
4. Pejabat
Agama Islam Bahagian Sri Aman
– 42 org peserta
5. Lobi
Pejabat Kerajaan Negeri, Betong
– 80 org peserta
6. Pejabat
Agama Islam Bahagian Sarikei
– 16 org peserta
7. Masjid
An- Nur, Sibu
– 114 org peserta
8. Masjid
At-Taqwa, Oya, Mukah
– 102 org peserta
9. Pejabat
Agama Islam Bahagian Kapit
– 14 org peserta
10. Masjid
Assyakirin, Bintulu
– 111 org peserta
11.
Auditorium, Kompleks Islam Miri
– 160 org peserta
12. Pusat Pembangunan Komuniti Melayu, Limbang
– 56 org peserta
Antara peserta Kursus Induksi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau 2019 Bahagian Sibu yang diadakan di Masjid An-Nur, Sibu