More
    Home Sarawak Samarahan Penduduk Sebuyau Mohon Tambahan Mesin ATM

    Penduduk Sebuyau Mohon Tambahan Mesin ATM

    SEBUYAU, 12 April 2020 (SNN) :Penduduk Sebuyau memohon untuk membuat tambahan mesin ATM di kawasan mereka. Ini berikutan keperluan tersebut dilihat amat penting memandangkan penduduk terpaksa berbaris panjang dan menunggu lama untuk mengeluarkan wang di mesin ATM terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan sekarang.

    Rata-rata penduduk menyatakan pedapat bahawan perlunya penambahan segera memandangkan pada masa sekarang penduduk di kawasan tersebut cuma bergantung kepada sebuah mesin ATM sahaja.

    Malahan ADUN N.27 Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi ketika dihubungi juga mengharapkan Syarikat perbankan dapat melihat keperluan menambah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kawasan luar bandar termasuk Sebuyau. 

    Beliau yang juga Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak memberitahu perkhidmatan ATM amat diperlukan penduduk luar bandar seperti Sebuyau terutamanya ketika waktu sukar berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang mana penduduk kebanyakannya perlu mengeluarkan wang bagi membeli keperluan harian.

    Beliau berkata demikian bagi mengulas isu kekurangan mesin ATM yang dihadapi penduduk di Sebuyau yang menjadi tular di laman sosial Facebook beberapa hari lepas.

    Jelasnya, keadaan penduduk di Sebuyau yang terpaksa beratur panjang untuk menggunakan mesin ATM amat jelas menunjukkan perkhidmatan tersebut perlu ditambah daripada jumlah yang ada sekarang. Julaihi juga menambah beliau memang ada perancangan untuk memohon bank-bank tempatan memasang mesin ATM di kawasan Sebuyau dalam masa terdekat. 

    Penduduk terpaksa berbaris panjang dan menunggu lama memandangkan cuma terdapat sebuah mesin ATM di Sebuyau

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...