More
    Home Sarawak Samarahan 700 Atlet Berkampung di UNIMAS Sertai Sukan Asasi Malaysia (SAM) Ke-3

    700 Atlet Berkampung di UNIMAS Sertai Sukan Asasi Malaysia (SAM) Ke-3

    Kota Samarahan, 17 Januari 2020: Bertepatan dengan ulangtahun ke-10 Pusat Pengajian Pra-Universiti (PPPU), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah diberi peluang untuk mengelola kejohanan Sukan Asasi Malaysia Ke-3.

    Seramai lebih 700 atlet dari 13 buah pusat-pusat asasi dan matrikulasi institusi-institusi awam di Malaysia berkampung di UNIMAS untuk menyertai kejohanan ini yang telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata bin Rasit yang mewakili Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi di Stadium Badminton UNIMAS, malam tadi (16 Januari 2020).

    Selain pembacaan ikrar atlet, majlis perasmian ini juga menyaksikan penamaan semula kejohanan dari nama Inter Asasi Games ke nama baru iaitu Sukan Asasi Malaysia (SAM) dan logo kejohanan yang baru.

    Para atlet akan memulakan saingan dalam acara sukan masing-masing pada keesokan hari di beberapa tapak acara di dalam kampus terutamanya tertumpu di sekitar Kompleks Sukan UNIMAS selama tiga hari dengan penutupan akan dilangsungkan pada 19 Januari kelak..

    Kejohanan yang dianjurkan oleh Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam ini bertujuan mencungkil bakat-bakat kesukanan pelajar-pelajar asasi yang secara umumnya bertumpukan kepada pendidikan sains dan teknologi, dengan harapan untuk menyerlahkan pelajar-pelajar asasi yang bersifat serbaboleh dan holistik.

    Antara tujuan lain kejohanan ini adalah untuk menjadi wadah pembentukan jaringan persahabatan di antara warga pusat-pusat asasi seluruh negara.

    Acara-acara sukan yang dipertandingkan seperti acara olahraga, badminton, futsal, bola jaring, sepak takraw, karom, dan, selari dengan perkembangan semasa, sukan elektronik atau e-sports.

    Kontinjen-kontinjen yang turut serta kali ini adalah dari Pusat Asasi UM, Program ASASIpintar UKM, Pusat Asasi Sains Pertanian UPM, Pusat Asasi UIAM, Pusat Asasi Pengurusan UUM, Pusat Persediaan Sains dan Tekonlogi UMS, Pusat Tahmidi USIM, Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil, Pusat Asasi STEM UMT, Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA, Pusat Asasi Pertahanan UPNM, dan Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia.

    SAM kali ini telah dijayakan oleh PPPU UNIMAS dan Pusat Sukan UNIMAS dengan kerjasama UNIMAS Global, unit-unit di dalam jabatan-jabatan teras dan sokongan UNIMAS, serta beberapa organisasi pelajar UNIMAS.

    Penaja luar termasuk Rafulin Holdings Sdn Bhd, LEA Sports Centre Sdn Bhd, Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd, Musyati Sdn Bhd, Jurutera Minsar Sdn Bhd, PU Engineering Sdn Bhd, MMSB Sdn Bhd, dan Jurutera Jasa (Sarawak) Sdn Bhd, manakala acara sukan elektronik pula ditaja oleh Gizmo Gamers e-Sports Arena dan Space Island Gaming Studio.

    Maklumat dan kemaskini acara SAM UNIMAS 2020 boleh didapati di laman web www.pppu.unimas.my/sam2020/.

    Gimik..Profesor Dr Ahmad Hata Rasit (tengah) telah merasmikan Sukan Asasi Malaysia ke-3 di UNIMAS, Kota Samarahan sambil disaksikan oleh Profesor Madya Dr Muna binti Sabri (kiri), Pengarah Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS, Profesor Dr Kamarudin Kana (dua dari kiri), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohd Jamil Maah (dua dari kanan), Pengarah Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya dan Profesor Dr Norihan Md. Arifin (kanan), Pengerusi Majlis Pengarah & Dekan Asasi Universiti Awam Malaysia.
    Gimik perasmian menandakan bermulanya Sukan Asasi Malaysia ke-3.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...