Kontinjen UNIMAS Rangkul Empat Piala (Johan), UITM Juara Keseluruhan Sukan Asasi Malaysia Ke-3, UNIMAS 2020

0
226
Kontijen dari UITM yang menjadi Juara Keseluruhan Sukan Asasi Malaysia ke-3

Kota Samarahan, 19 Januari 2020 (SNN) : Kontinjen UNIMAS beraksi cemerlang pada Sukan Asasi Malaysia Ke-3, UNIMAS 2020 yang telah berlangsung pada 16-19 Januari 2020 bertempat di Universiti Malaysia Sarawak dengan merangkul empat (4) piala iaitu merangkul Johan daripada lapan (8) sukan yang dipertandingkan.

Pasukan UNIMAS telah menjadi johan bagi sukan badminton, E-Sports, karom dan futsal wanita. Sebanyak 13 pasukan telah menyertai kejohanan ini iatu pasukan UNIMAS, UiTM, UMS, UnisZa, UM, UKM, UPM, UPNM, UIAM, UUM, UMT, USIM dan Kolej Matrikulasi Sarawak.

Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS dengan kerjasama Pusat Sukan UNIMAS telah diberi mandat untuk menganjurkan kejohanan edisi ke-3 ini.  Sebanyak lapan (8) acara sukan dipertandingkan iaitu badminton, olahraga, futsal lelaki, futsal wanita, bola jaring , sepak takraw ,karom dan E-Sports.

Maklumbalas  daripada pegawai dan atlet amat positif pada penganjuran kali dari segi kemudahan sukan dan penganjuran terutama bagi sukan E-sports yang menyediakan kelengkapan pertandingan yang terkini. 

Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutupan Rasmi kejohan telah disempurnakan oleh Prof. Dr Kamaruddin bin Kana, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni). Pada edisi kali ini, Kontinjen UiTM telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan berdasarkan pungutan pingat.

Pada majlis tersebut Universiti Malaya (UM) telah diumumkan sebagai tuan rumah Sukan Asasi Malaysia Ke-4, 2021. Syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding, pegawai, atlet , pihak penganjur dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sehingga berjumpa lagi  pada edisi ke-4  , 2021 di Universiti Malaya (UM).

Pasukan UNIMAS telah menjadi johan bagi E-Sports, selain turut menjadi johan dalam kategori yang lain iaitu sukan badminton, karom dan futsal wanita
Pasukan Futsal Wanita UNIMAS yang turut menjadi johan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here