More
    Home 50 Tan Peralatan Perlindungan Peribadi Dan Bekalan Perubatan Akan Diagihkan Ke Seluruh...

    50 Tan Peralatan Perlindungan Peribadi Dan Bekalan Perubatan Akan Diagihkan Ke Seluruh Hospital Di Sarawak

    KUCHING, 09 April 2020 (SNN): Pesawat MAS kargo yang membawa 50 tan peralatan perlindungan peribadi (PPE) serta bekalan perubatan yang ditempah khas dari China selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), hari ini.

    Antara PPE yang ditempah khas itu adalah penutup mulut dan hidung perubatan (900,000 keping), penutup mulut dan hidung jenis N95 (125,880 keping), pakaian perlindungan perubatan (50,040 helai), penutup kasut (50,040 pasang) dan alat perlindungan mata (50,000 unit).

    Kesemua PPE dan bekalan perubatan itu akan diagih ke semua hospital di negeri ini untuk menyokong barisan hadapan perubatan dalam memerangi wabak COVID-19.

    Menyambut ketibaan pesawat yang tiba kira-kira pukul 3.45 petang tadi ialah Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang mewakili Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

    Turut hadir ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Abdullah Saidol dan Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Haji Samat Junai.

    Abdul Karim Rahman Hamzah yang mewakili Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bersama Abdullah Saidol dan Haji Samat Junai semasa menyambut ketibaan pesawat MAS kargo tersebut (Foto: UKAS)

    Sumber : UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...