More
    Home 5 Petempatan Baru di Kuching Tampung Peningkatan Jumlah Penduduk

    5 Petempatan Baru di Kuching Tampung Peningkatan Jumlah Penduduk

    KUCHING, 24 Jun 2019 (SNN)– Sebanyak 5 kawasan penempatan baru telah dikenal pasti di Kuching bagi menampung peningkatan jumlah penduduk.

    Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata kerajaan Sarawak sedar tentang peningkatan jumlah penduduk di Kuching hasil pembangunan pesat yang berlaku di bahagian ini.

    “Pada masa sekarang, 5 kawasan telah dikenal pasti dan dipilih untuk pembinaan skim perumahan itu. Kawasan tersebut ialah Bako-Buntal, Sungai Maong-Segedup, Gita Baru, Kampung Senari dan Lundu-Sematan. Kita sedaya upaya untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik untuk dibina,” katanya.

    Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Hotel Pullman, malam tadi.Mengulas lanjut, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari telah mengarahkan Jabatan Tanah dan Survei untuk membuat sukatan tanah di lokasi-lokasi tersebut. 

    “Tanah di 5 kawasan tersebut akan ditembok terlebih dahulu untuk mengukuhkan lagi rumah yang akan dibina. Kerajaan Sarawak juga akan memastikan setiap lokasi dilengkapi dengan utiliti air dan elektrik yang secukupnya dan kemudahan jalan raya yang bertar. Harga setiap rumah pula dijangka akan ditetapkan antara RM80 ribu dan RM100 ribu,” jelasnya. 

    Ini adalah antara langkah yang diambil oleh Kerajaan Sarawak bagi menjamin kualiti kehidupan rakyat Sarawak. Dalam perkembangan yang sama, Ketua Menteri dijangka akan mengumumkan suatu inisiatif baru yang akan menjana pendapatan Sarawak pada masa akan datang.

    “Saya akan mengumumkan suatu lagi inisiatif baharu yang akan menjana pendapatan negeri. Tunggu pada bulan November nanti,” katanya.  Hadir sama Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan YB Datuk Dr Sim Khui Hian, Menteri Muda (Elektrik Luar Bandar) YB Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Negeri- Persekutuan dan Pemantauan Projek) YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu YB Datuk Patinggi Datuk Amar Puan Sri Jamilah AnuADUN Demak Laut YB Dr Hazland Abang Hipni, ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman dan beberapa Menteri Kerajaan Sarawak. ( Sumber : UKAS )

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...