363 Penjawat Awam Terima Pingat Perkhidmatan Setia

0
221
Salah seorang penerima pingat perkhidmatan setia daripada Abang Jo

SIBU, 21 Mac 2019 (SNN) – Seramai 363 orang penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Sarawak dan Persekutuan menerima Pingat Perkhidmatan Setia di Hotel RH, Sibu hari ini.

Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia ini  telah disempurnakan Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Mengetuai senarai penerima ialah Residen Bahagian Sibu Charles Siaw yang telah berkhidmat dengan taat setia dan berdedikasi selama 33 tahun.

Turut menerima pingat perkhidmatan setia pada tahun ini ialah Residen Bahagian Sarikei Felicia Tan Yan Hua (berkhidmat selama 26 tahun), Residen Bahagian Serian Jonathan anak Lugoh (berkhidmat selama 33 tahun) dan Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Rajang Datin Helen Lim Hui Shyan (berkhidmat selama 30 tahun).

Selain itu, 17 orang menerima pingat yang berkhidmat lebih dari 40 tahun dan 2 orang dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak yang telah berkhidmat selama 42 tahun.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Kewangan Kedua, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E- Dagang YB Dato’ Sri Wong Soon Koh, Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam/ Menteri Muda Penyelidikan Sains dan Bioteknologi YB Dr. Anuar Rapaee, Menteri Muda Pengangkutan YB Datuk Jerip Susil dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani.

Antara penerima pingat dan tetamu yang hadir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here