2 Mac 1950, waktu Subuh tadi genap 70 tahun Rosli Dhoby syahid. Allahu Akbar!!!

0
2439

ASAJAYA, SAMARAHAN, 2 Mac 2020 (SNN) –  Waktu Subuh tadi, 2 Mac 2020, genap 70 tahun Allahyarham Rosli Dhoby syahid di tali gantung di Penjara Kuching. Seminggu kemudian diikuti pula oleh para syuhada Awang Rambli Awang Deli, Bujang Suntong dan Morsidi Sidek. Mereka syahid demi menuntut kemerdekaan dan kedaulatan Negeri Sarawak dari penjajah Britain. Mereka telah melakukan assasinasi (assassination) Gabenor British, Sir Duncan Stewart di Sibu demi menuntut yang hak.

Untuk mengingati perjuangan dan kelahiran nasionalisme Negeri Sarawak ini, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Laila Taib, Asajaya, Samarahan telah menganjurkan siri SAMAceramah: Syaharan Rosli Dhoby dan Rukun 13. Timbalan Residen telah mewakili Tuan Residen Bahagian Samarahan telah merasmikan acara ini. Seramai hampir 500 orang pelajar, guru dan ketua kaum telah hadir acara setengah hari ini.

Terdahulu dari itu En. Nayan, Pengetua SMK Laila Taib telah menyampaikan ucapan alu-aluan. Turut hadir jua adalah Datu Dr. Hj. Sanib Said, Pengurus Besar AKYBMS, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah dan juga Temenggong.

Berani Mati

Dalam perjuangan yang hak ini Gerakan Anti-Serahan berhadapan dengan Britain, sebuah kuasa penjajah yang termaju dan terkuat di dunia ketika itu. Namum mereka tetap bersemangat kental dan berani mati dalam kepimpinan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) yang diketuai oleh Datu Patinggi Abang Abdillah. Persatuan-persatuan Melayu lain juga turut serta, seperti Pergerakan Pemuda Melayu Sibu (PPM), Barisan Pemuda Sarawak (BPS), Persatuan Melayu Miri (PMM) dan Persatuan Melayu Limbang (PML).

Dari kanan: Sanib, Timbalan Residen, Pengetua dan YDP PIBG. (Gambar SNN)

Acara istimewa ini telah diisikan dengan dua ceramah dan pembacaan puisi. Ceramah telah disampaikan oleh Datu Dr. Hj. Sanib Said bertajuk, “Gerakan Anti-Serahan, 1946-1963: Kelahiran Nasionalisme Negeri Sarawak” dan ceramah kedua telah disampaikan oleh En. Azuan Jemat bertajuk, “Surat-Surat Anti-Serahan: Membongkar Agenda Sebenar”. Surat terakhir Rosli Dhoby, 1 Mac 1950, “Menjelangi Ibubapaku” telah dideklamasikan sebagai sajak oleh seorang pelajar.

SAMAceramah: Rosli Dhoby dan Rukun 13 adalah usaha bakti AKYBMS untuk mengingati para pejuang dan syuhada bangsa semenjak 4 tahun yang lalu. Acara ini telah dianjurkan di Kuching, Sibu dan Miri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here