Datuk Julaihi Lancar Projek Naik Taraf Jalan Kampung Tambey-Kampung Tambirat

0
595
Julaihi lancar projek naik taraf Jalan Kampung Tambey-Kampung Tambirat

ASAJAYA, 27 Februari 2020 (SNN) – Kerancakan pembangunan terus dikecapi oleh masyarakat Asajaya apabila projek baik-pulih dan naik taraf jalan di antara simpang Kampung Tambey ke Kampung Tambirat kini sedang melalui proses pelaksanaan.

Projek yang bernilai 11.8 juta itu membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan rakyat khususnya di Asajaya. 

Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur Sarawak, Datuk Julaihi Narawi ketika lawatan kerjanya ke tapak projek kelmarin menegaskan, projek pemulihan serta penambahbaikan jalan tersebut akan menjadi faktor peningkatan kepada mutu kehidupan masyarakat setempat.

Julaihi bersama wakil rakyat dan pegawai JKR.

“Dengan adanya kemudahan jalan yang baik, maka memudahkan penduduk untuk bergerak daripada satu destinasi ke destinasi lain, menguruskan urusan mereka dengan keselesaan terbaik,” tambah Julaihi. 

Projek Pakej PA-1 (komponen baik pulih serta naik taraf) sepanjang 12.5 km itu akan dipertanggungjawabkan kepada kontraktor Debessa Development Sdn Bhd yang telah ditawarkan projek tersebut berdasarkan tender terbuka. 

“Pelaksanaannya Pakej PA-1 di bawah Coastal Road Rehabilitation and Pavement Upgrade  ini akan mengambil masa 13 bulan bermula Februari 2020 dan kita tidak melihat sebarang permasalahan untuk siapkan projek tepat pada waktunya,” ujar Dato Leornard Martin Uning, Pengarah Urusan Debessa. Turut bersama di dalam lawatan tersebut ialah Yang Berhormat Rubiah Haji Wang (Ahli Parlimen Kota Samarahan), Yang Berhormat Aidil Lariwoo (Ahli Dewan Undangan Negeri  Sadong Jaya), Buang Haji Bolhassan (Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak), Jurutera Bilin anak Dandi (Kementerian MIPD), Jurutera Akmarol Rosli (Unit Jalan Pesisir dan Jalan Utama Kedua Sarawak), juruperunding-juruperunding, jurutera-jurutera Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR)  serta JKR Bahagian Samarahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here