Julaihi Turun Padang Tinjau Projek di DUN Sebuyau

0
151
Julaihi semasa tinjauan ke Kampung Lumut baru-baru ini bersama penduduk kampung

SEBUYAU, 03 Mac 2020 (SNN) : Datuk Haji Julaihi Haji Narawi, ADUN N.27 Sebuyau hari ini turun padang ke beberapa  kawasan  di DUN Sebuyau bersama penduduk kampung untuk meninjau projek-projek yang sedang dan telah dilsiapkan di kawasan tersebut.

Julaihi Haji Narawi, yang juga merupakan Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak melakukan lawatan bersama penduduk ke Kampung Lumut dan juga ke Kampung Tebelu.

Julaihi meluangkan masa kira-kira 30 minit di setiap tapak projek bagi memastikan kesemua projek berjalan dengan lancar. Beliau juga turut meluangkan masa berbual bersama penduduk kampung bagi mendapatkan pandangan dan pendapat berkaitan projek dan isu-isu berkaitan.

Semasa lawatan ke Kampung Lumut Julaihi mezahirkan rasa berpuas hati dengan projek-projek yang telah disiapkan kerana ianya amat diperlukan oleh penduduk setempat. Hadir sama pada lawatan tersebut adalah  ialah Penghulu Merum ak Babu; Ketua Kaum Gindu ak Nasa serta ahli jawatankuasa kampung dan Ranting PBB, jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (DID) Bahagian Samarahan, Mohd Atiqul Rahman Haidir dan beberapa pemimpin tempatan.

Selain Kampung Lumut, Julaihi turut meluang masa mengadakan lawatan dan tinjauan ke atas projek-projek pembangunan kawasan di Kampung Tebelu. Beliau turut diiringi, Ketua Kaum merangkap Pengerusi JKKK Kampung Tebelu Poly Mat  dan ketua-ketua Ranting parti PBB, ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau dan pemimpin tempatan dari Kampung Tebelu serta kawasan sekitar DUN Sebuyau.

Julaihi turut meluang masa mengadakan lawatan dan tinjauan ke atas projek-projek pembangunan kawasan di Kampung Tebelu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here