10 Buah Sekolah Rendah Zon Sebangan Sertai Kejohanan Sukan Tahunan

0
1075
Julaihi bergambar kenangan bersama para pemenang dalam kejohanan sukan tahunan Zon Sebangan

SEBUYAU, 02 Ogos 2019 (SNN) : Sebanyak 10 buah sekolah rendah dalam Zon Sebangan ( termasuk SK Hj Bujang ), mengambil bahagian dalam kejohanan sukan yang dianjurkan oleh SK Haji Bujang Sebangan dengan kerjasama PIBG SK Haji Bujang Sebangan. Kejohanan kali ini melibatkan penyertaan daripada seramai 205 pelajar daripada jumlah keseluruhan 800 orang murid di Zon Sebangan. Manakala seramai 150 orang guru turut terlibat mengambil bahagian dan dalam masa yang sama mengendalikan acara sukan tahunan tersebut.

Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak merangkap ADUN N.27 Sebuyau, YB Datuk Haji Julaihi Haji Narawi hadir merasmikan kejohanan sukan tersebut.

Julaihi dalam ucapan perasmiannya memuji penganjuran kejohanan sebegini yang mampu mengeratkan hubungan antara ibu bapa murid dengan pihak sekolah khasnya ( penganjuran bersama sekolah dan PIBG), serta dalam masa yang sama memberi banyak pendedahan, pengalaman dan manfaat kepada guru dan murid yang terlibat dalam pelbagai acara yang diadakan.

Julaihi semasa merasmikan kejohanan sukan yang dianjurkan oleh SK Haji Bujang Sebangan dengan kerjasama PIBG SK Haji Bujang Sebangan

Julaihi berkata, “kejohanan tahunan kali ke-60 ini menjadi gelanggang bagi mendedahkan dan mencungkil bakat anak anak murid pada peringkat awal dalam berbagai jenis sukan, Dalam masa yang sama juga merupakan satu galakan dan  motivasi bagi murid-murid untuk membuktikan kebolehan masing-masing  serta memupuk semangat persaingan di kalangan mereka untuk berjaya”.

“Selain daripada itu, juga dapat memupuk dan menjalin kerjasama antara semua guru  dan sekolah sekolah rendah yang berada dalam Zon Sebangan(10 buah) khususnya, sekaligus memupuk kerjasama antara guru dan  ibubapa murid”, ujarnya. Julaihi turut mengumumkan kelulusan beberapa projek untuk penambahbaikan sekolah semasa merasmikan kejohanan sukan tersebut. Ini termasuklah kelulusan untuk menaiktaraf padang sekolah SK Hj Bujang, pintu gerbang sekolah serta kelulusan menaiktaraf kawasan lapang bersebelahan astaka.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Encik Zainal Hj Kuching,Guru Besar SK Hj Bujang Sebangan, Encik Rosli Obeng Wakil PPD Simunjan, Encik Osman Jamel,YDP PIBG SK Hj Bujang Sebangan serta guru-guru besar, ketua-ketua kaum dan pemimpin tempatan.

Peserta kejohanan daripada 10 buah sekolah rendah dari Zon Sebangan
Julaihi menyampaikan piala kemenangan kepada salah seorang peserta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here